10 TIPS TERBAIK UNTUK MENJAGA BUAH PINGGANG AGAR SENTIASA SIHAT

Setiap kali kita keluar bercuti mesti diri kita akan digelar sebagai ‘food hunter’ yang paling gembira lebih-lebih lagi bila berada di negeri orang lain.

Tapi apa yang tak bestnya bila makan makanan yang sedap ni, kita mesti akan lalai tentang kandungan bahan dalam makanan tersebut sama ada baik atau tidak. Yang kita tahu hanya sedap sahaja kan,. Bila habis bercuti , mulalah merungut badan sakit sana sini , kepala berat dan sebagainya

Bukan itu sahaja, kalau tak dititikberatkan tentang hal ni, kemungkinan besar kita boleh disahkan penyakit darah tinggi dan kencing manis malah paling teruk sekali buah pinggang akan rosak.

Dalam post ini, saya akan kongsikan 11 tips terbaik untuk menjaga buah pinggang anda agar kekal sihat.

11 Tips Terbaik Menjaga Buah Pinggang

1. Mengurangkan pengambilan gula

  • Pola makan sihat agar kadar gula dalam darah sentiasa dalam keadaan yang stabil. Mengurangkan makan nasi putih dan menggantikannya dengan beras merah atau oat serta mengambil gula jagung atau gula aren untuk minuman sehari hari sangat baik untuk menstabilkan kadar gula dalam darah.

2. Mengurangkan garam

  • Mengurangkan makanan yang mengandungi banyak garam agar tekanan darah tidak mengalami peningkatan. Garam yang berlebihan didalam tubuh berpotensi mempercepatkan pembentukan batu buah pinggang.

3. Berolahraga yang teratur

  • Sukan ringan tetapi teratur dapat meningkatkan oksigen dalam aliran darah menuju jantung serta menguatkan pembuluh arteri jantung sehingga fungsi jantung tetap optimum. Sukan yang teratur dapat menjadikan Jantung semakin sihat, Jika jantung sihat maka akan menyihatkan rangkaian buah pinggang dan mengukuhkan otot otot pinggang sehingga terhindar dari sakit buah pinggang.

4. Cukup minum air putih

  • Air yang cukup dalam tubuh dapat melancarkan semua aliran darah termasuk daerah pinggang, buah pinggang, Pundi kencing dan saluran pencernaan. Cecair didalam tubuh mampu melancarkan prestasi buah pinggang ketika menapis cecair tubuh dan mengeluarkan racun melalui saluran pundi kencing yang nantinya dibuang kesaluran pembuangan air kencing. Minum air putih 3 sampai 4 liter sehari adalah cara mencegah sakit buah pinggang yang paling ampuh.

5. Jangan duduk terlalu lama

  • Nampak simple tapi ada kaitan juga dengan buah pinggang. Duduk terlalu lama boleh menyumbat aliran darah menuju pinggang dan menekan pundi kencing yang sudah penuh dengan air kencing yang sepatutnya siap dikeluarkan. Duduk berjam jam tanpa di imbangi minum yang cukup boleh membuat otot perut menjadi tegang dan lelah, Perut mual, Ulu hati tidak selesa, Melancarkan pegal, Kram otot perut sehingga mempengaruhi keadaan kesihatan buah pinggang.

6. Kurangkan berat badan

  • Penumpukan lemak pada tubuh akibat kurang sukan dapat menyebabkan penyumbatan pada aliran darah sekitar pinggang. Lemak yang berlebihan juga dapat memperlambat buah pinggang menapis cecair badan secara normal.

7. Kurangkan mengangkat beban berat

  • Terlalu sering mengangkat beban yang berat boleh membuat urat pinggang tergelincir dan mencetuskan aliran darah pinggang menjadi tidak lancar. Beban berat juga boleh menekan otot otot perut dan menyebabkan buah pinggang bekerja tambahan untuk boleh menstabilkan cecair elektrolit dalam tubuh sehingga buah pinggang mudah keletihan.

8. Tidak menahan kencing

  • Kebiasaan menahan kencing boleh mencetuskan ketegangan otot perut, Pundi kencing menjadi terbeban untuk menampung air kencing yang seharusnya dikeluarkan. Menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan pembentukan batu buah pinggang dan sakit pada dinding pundi kencing.

9. Tidur cukup

  • Tidur yang cukup sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam sehari sangat membantu aliran seluruh tubuh menjadi lancar termasuk dapat meningkatkan prestasi buah pinggang dan cecair dalam tubuh.

10. Elakkan ubat ubatan

  • Zat kimia pada ubat ubatan pereda rasa sakit dapat menyelesaikan dialiran darah dan pembuluh menuju buah pinggang. Akan tetapi buah pinggang boleh mengalami iritasi dan keradangan. Zat kimia boleh meracuni cecair dalam tubuh sehingga buah pinggang perlu bekerja lebih keras untuk menyaring. Jika keadaan ini terus menerus berlaku setiap hari maka buah pinggang akan keletihan dan timbul luka yang berpotensi menyebabkan kegagalan buah pinggang. Megamalkan makanan herba tanpa kimia amat digalakkan supaya kesihatan buah pinggang bertambah baik.

Makanan herba yang sesuai untuk pesakit buah pinggang adalah seperti teh hijau, mas cotek dan misai kucing yang boleh didapati dalam supplement Teh Herba Triple-T. Cara mudah nak amalkan Triple-T ni ialah rebus 2 sachet Triple-T bersama dengan 2 Litre air dalam cerek kemudian tunggu sampai air masak. Kemudian diamkan teh tersebut sehingga suam minum habiskan sampai malam. Boleh digantikan sebagai minuman harian. Selepas minum teh ni perubahan awal yang dapat dirasa ialah badan akan cergas dan ringan kerana toksin dalam badan mula hilang

Dalam post ini , akhirnya  anda telah tahu 10 tips menjaga buah pinggang agar sihat dan baik.

Jadi amat penting untuk anda untuk ikut at least 3 dari 10  tips di atas supaya buah pinggang anda akan lebih terjaga dan sihat

Terima kasih kerana luangkan masa 5 minit untuk baca posting ni, jangan lupa share post ini supaya mendapat manfaat sama2 oleh rakan2 anda.

Pastikan anda subscribe emel supaya anda tidak tertinggal banyak tips dan petua tentang kesihatan tubuh badan kita. Terima kasih , jumpa lagi


azhar Written by:

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *