12 ADAB MINUM RASULULLAH S.A.W UNTUK MENGELAKKAN PELBAGAI PENYAKIT TERUTAMA BUAH PINGGANG ROSAK

Setiap orang perlu menitikberatkan soal kesihatan supaya sentiasa sihat. Ini kerana, tahap kesihatan seseorang sangat mempengaruhi kehidupan seharian kita. Penjagaan pengambilan makanan harus berjaga jaga untuk kekal sihat.

Tetapii Tabiat buruk yang sering kali kalangan manusia lakukan adalah tidak konsisten. Maka bermulalah dendam dan nafsu makan anda melambung lambung sehingga mengakibatkan anda sakit dan sampai satu tahap anda mula Kencing berbuih. Jika anda terpaksa flush toilet berkali kali untuk hilangkan buih tersebut, itu bermakna anda harus segera berjumpa dengan doktor segera untuk pemeriksaan lanjut.  

Bukan itu sahaja, kalau tak dititikberatkan tentang hal ni, kemungkinan besar anda terpaksa kena dialisis dan terpaksa menanggung kos hospital yang tinggi.

Dalam post ini, saya akan kongsikan 12 Adab Rasulullah S.A.W untuk mengelakkan pelbagai penyakit terutama buah pinggang rosak

12 Adab Rasulullah S.A.W ketika makan dan minum

1. Gunakan Tangan Kanan

  • Nabi Muhammad (SAW) mengajar untuk kita makan dan memegang bekas minuman menggunakan tangan kanan dan melarang umatnya menggunakan tangan kiri kerana ia adalah sifat syaitan dan ciri-ciri orang yang bongkak.
  • “Jika salah seorang dari kamu hendak makan, hendaklah makan dengan tangan kanan. Dan apabila ingin minum, hendaklah minum dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.” (HR. Muslim)

2. Niat Kerana Allah SWT

  • Hendaklah ketika minum berniat bagi menyegar dan menyihatkan tubuh badan supaya memudahkan beribadah dan kerana Allah SWT.
  • Hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a, Rasulullah SAW bersabda; “Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan.” (Riwayat al-Bukhari)

3. Baca ‘Basmallah’

  • Membaca Basmalah (‘Bismillahir-rahmanir-rahim’)  sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

4. Membaca Doa

  • Doa minum air;
  • اَللَّهُمَّ اِنِّى اَشْرَبُهُ لِتَغْفِرَلِى وَلِتَفْعَلَ بِى، فَاغْفِرْلِى أَوِافْعَلْ
  • Ya Allah! Sesungguhnya daku meminumnya dengan harapan Dikau mengampuni  daku dan mengabulkan maksudku; Maka ampunilah daku serta kabulkanlah.

5. Minum Dengan Tiga Nafas

  • Minum dengan tiga kali tegukan dan elakkan bernafas ke dalam bekas minuman. Setiap kali berhenti minum hendaklah diarahkan pernafasan ke tempat lain.
  • Diriwayatkan dari Anas radhiyalaahu anhu (r.a.) bahawa Rasulullah SAW bernafas tiga kali ketika minum, “Rasulullah SAW biasa bernafas tiga kali sewaktu minum.” (HR. Muttafaq ‘alaih).
  • Anas bin Malik  r.a. berkata lagi; Baginda SAW bersabda: “Sungguh, ini lebih mengenyangkan, menyembuhkan, dan menyegarkan”. (HR Bukhari dan Muslim)

6. Dilarang Meniup Minuman

  • Jangan bernafas dan meniup air minum di dalam bekas, terutama meniup air yang panas, kerana perbuatan itu akan menjadikan minuman bertoksid disebabkan Co2 yang dihembuskan ke dalamnya.

7. Hindari Menonggang

  • Rasulullah SAW telah mengajarkan adab meminum air dengan cara duduk, menempelkan bibir ke air, bernafas di luar gelas serta tidak minum dengan cara menonggang. Maksudnya adalah mencegah masuknya udara ke dalam perut.

8. Minum Dalam Keadaan Duduk

  • Janganlah kita minum dalam keadaan berdiri walaupun ia dibolehkan tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
  • Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.

9. Larangan Minum Dalam Bekas Besar

  • Elakkan diri kita meminum dari bekas yang besar seperti teko dan cerek. Apabila kita minum dari bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.
  • Sewaktu kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dengan air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

10. Menutup makanan dan minuman

  • Tutuplah tempat minuman terutama pada malam hari. Rasulullah SAW mewajibkan menutup makanan untuk melindunginya dari pencemaran, sebagaimana dinyatakan dalam hadis Nabi SAW: “Tutuplah makanan dan minuman”.  (HR. Bukhari r.a.)

11. Ucapkan Hamdalah, ‘Alhamdulillah

  • Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) dan setelah selesai minum bacalah ‘Alhamdullilah’ tanda kita bersyukur atas nikmat yang Allah SWT kurniakan.

12. Mencuci mulut (berkumur) selepas makan

  • Hal ini dimaksudkan untuk membersihkan gigi dari sisa makanan dan bakteria. Secara Rasulullah SAW beliau menekankan pentingnya berkumur setelah minum susu: “Berkumurlah kalian setelah minum susu, kerana di dalamnya mengandung lemak”. (HR. Ibnu Majah)

Bila anda dah mula kena kencing berbuih, saya amat menyarankan anda cepat2 bertindak dan mencegah sebelum terlambat. Saya cadangkan minuman herba Triple-t untuk mengelak sakit buah pinggang. Cara mudah nak amalkan Triple-T ni ialah rebus 2 sachet Triple-T bersama dengan 2 Litre air dalam cerek kemudian tunggu sampai air masak. Kemudian diamkan teh tersebut sehingga suam dan minum habiskan sampai malam. Selepas minum teh ni perubahan awal yang dapat dirasa ialah badan akan cergas dan ringan kerana toksin dalam badan mula hilang

Dalam post ini , akhirnya  anda telah tahu 12 Adab Rasulullah Makan dan minum untuk mengelakkan pelbagai penyakit terutamanya buah pinggang.

Jadi amat penting untuk anda untuk ikut at least 3 dari 12  adab di atas supaya buah pinggang anda akan lebih terjaga dan sihat

Terima kasih kerana luangkan masa 5 minit untuk baca posting ni, jangan lupa share post ini supaya mendapat manfaat sama2 oleh rakan2 anda.

Pastikan anda subscribe emel supaya anda tidak tertinggal banyak tips dan petua tentang kesihatan tubuh badan kita. Terima kasih , jumpa lagi

azhar Written by:

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *