5 Khasiat Daun Pandan

Khasiat Daun Pandan

Ramai yang tak tahu sebenarnya daun pandan banyak khasiat dan manfaat.

Bukan setakat buat cendol dan sebagai pewangi masakan tapi ia juga boleh membantu meningkatkan kesihatan kepada ramai pengguna.

1. Menurunkan darah tinggi

Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas
sahaja. Minum airnya.

2. Matikan kuman dalam darah

Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

3. Melembutkan Daging

Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging. Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.

4. Melicinkan kulit

Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.

5. Mengecutkan rahim

Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari

Jadi nak jadi cantik, nak anggun berseri, nak sihat..bolehlah tanam daun padan ini di belakang rumah..

Selain dari itu, kalau masak nasi bubuh dua atau tiga helai daun padan..

hmmm selera makan hasil aroma bau padan pada nasi, tak cukup dua pinggan nasi nak makan…walaupun makan dengan telur goreng jer pun.

azhar Written by:

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *