7 TIPS Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

Ada masalah tekanan darah tinggi?. Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, ikutilah tip-tip berikut:

1. Kurangkan berat badan

Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan melalui pemakanan anda.

2. Bersenamlah dengan kerap

Cuba untuk bersenam dalam 30-45 minit pada hujung minggu. 

Paling kurang pun 3-4x seminggu. 

3. Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari

Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah.

Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang.

Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!

4. Jangan merokok

Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam.

Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanandarah pun lebih tinggi sepanjang masa.

5. Kurangkan Stress

Stress akibat kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi boleh meningkatkan tekanan darah buat sementara waktu.

Stress yang kronik sudah tentu memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi.

Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari Stress yang berpanjangan.

6. Amalkan diet yang lebih baik

Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dalam mengurangkan tekanan darah.

Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pada masa yang sama bantu anda kawal atau kurangkanberat badan.

Lebihkan serat (fiber) seperi gandum, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

Kawal kolesterol. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ dalaman seperti paru-paru, lemak-lemak haiwan.

Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.

7. Jangan leka

Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau tahap kesihatan anda.

Anda dibenarkan untuk share post ini untuk kebaikan dan berkongsi tips pada orang lain supaya ia memberi manfaat.

azhar Written by:

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *