Ramai yang tidak tahu. Pesakit buah pinggang TIDAK boleh kencing. KENAPA?

Sebab buah pinggang yang rosak tidak boleh memproses atau mencuci bahan buangan/toksin dari dalam badan.

Akibatnya bahan2 toksin itu berkumpul dalam badan contohnya asid urik. Maka terjadilah masalah seperti gout.

Sebab itu pesakit buah pinggang ada macam2 penyakit.

Buah pinggang tiada gantinya. Sayangilah buah pinggang anda

Fungsi Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ yang sangat penting dalam tubuh manusia. Jom kita fahamkan fungsi buah pinggang kita:

  1. MENYINGKIRKAN SISA BUANGAN – Jenis sisa yang selalunya disingkirkan oleh buah pinggang dipanggil “urea” dan “kreatinin”. 
  2. MENGAWAL JUMLAH CECAIR – Buah pinggang yang sihat mengawal jumlah cecair di dalam badan dan membantu membuang lebihan cecair dari darah.
  3. MENGAWAL TEKANAN DARAH – Tekanan darah perlu dikawal pada suatu tahap tertentu agar darah mencukupi di seluruh tubuh. Mengawal tekanan darah pada tahap normal mengelakkan daripada risiko masalah jantung. Jika tekanan darah tinggi, jantung harus berkerja lebih keras.
  4. MENGHASILKAN SEL DARAH MERAH -Buah pinggang menghasilkan hormon dipanggil erythropoietin, yang membantu tubuh menghasilkan sel darah merah. 
  5. MEYIHATKAN TULANG – Buah pinggang mengekalkan jumlah fosforus dan kalsium dalam darah; melalui imbangan ini, tulang akan kekal sihat.

Jika buah pinggang tidak dijaga dengan sempurna, tanda-tanda kerosakkan buah pinggang seperti berikut akan muncul:

  • KEJANG OTOT – Boleh dialami oleh mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik.
  • GATAL-GATAL – Bahan buangan di dalam darah boleh menyebabkan gatal-gatal yang teruk.
  • RASA TIDAK SIHAT – Oleh kerana terdapat bahan-bahan toksik yang berlebihan dalam darah, anda boleh merasa mengantuk, cepat letih, keliru dan loya.
  • SESAK NAFAS – Buah pinggang tidak boleh membantu dalam pengeluaran sel-sel darah merah, maka kandungan oksigen tidak mencukupi di dalam badan anda. Juga, jika cecair terkumpul di dalam paru-paru, anda akan berasa sesak nafas.
  • PERUBAHAN AIR KENCING – Kencing berbuih, darah dalam air kencing, air kencing berlebihan atau kurang daripada biasa, atau kerap bangun pada waktu malam untuk membuang air kecil.
  • RASA LETIH DAN PUCAT – Buah pinggang tidak boleh membantu dalam pengeluaran sel-sel darah merah. Ini boleh menyebabkan rasa sering keletihan dan kurang bertenaga.
  • BENGKAK-BENGKAK – di Tangan, Kaki dan Kawasan di Sekitar Mata Anda. Buah pinggang anda tidak mampu untuk mengeluarkan cecair yang berlebihan, mengakibatkan cecair terperangkap dalam badan.

Antara fungsi utama Triple-T ialah merangsang penghasilan sel-sel hati yang rosak dan buah pinggang yang cedera. Triple-T ByDrAzlan adalah gabungan herba yang sangat unik dan mampu menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat untuk buah pinggang dan hati sekaligus merawat banyak penyakit yang berkaitan dengan 2 organ penting ini.

azhar Written by:

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *